Sebagaimana yang sedia kita maklumi,keluarga yang juga
dikenali sebagai institusi kekeluargaan boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang dihubungkan
melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kebahagiaan
pula bermaksud suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Keluarga bahagia
membawa maksud kumpulan manusia ini yang dapat membawa perasaan gembira kepada
ahli kumpulan manusia ini. Namun, dalam
menyingkap tabir alaf baru yang berkiblatkan materialistik ini, hubungan
kekeluargaan ini makin renggang . Ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak mereka
kini kerana leka mengejar kebendaan . Sebagai akibat, hal ini telah menyebabkan
masa yang diluangkan ibu bapa bersama keluarga makin kurang. Memandangkan
masalah ini kian kronik, adalah baik kita menkaji tentang kepentingan keluarga
bahagia.
Sebelum itu, apakah pencetus maslah ini? Umumnya, kehidupan
yang terlalu mengutamakan harta benda, kerja dan keseronokan hawa nafsu penyumbang
kepada kepincangan dalam keluarga. Kehidupan yang mementingkan hiburan dan
kebebasan sosial juga dikatakan faktor sampingan yang membawa kepada masalah
dalam rumah tangga. Sebagai akibat, golongan remaja di negara ini yang tahun
seusia jagung, darah setampuk pinang mudah terikut-ikut dengan budaya songsang
Barat kerana kehilangan perisai kekeluargaan ini. Misalnya, anak-anak muda
sekarang didapati tidak segan silu lagi untuk bercumbu-cumbuan dan mendedahkan
aurat di khalayak ramai. Ada pula yang berkiblatkan falsafah hidup Barat dengan
mendewa-dewakan kebebasan mutlak dan kesenorokan seperti terjebak dalam
kumpulan ‘Mat Rempit’. Natijahnya,mereka bersikap pasif dan kurang peka akan
perkembangan semasa. Mereka menjerumuskan diri mereka dalam kemelut sosial
untuk mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka ketandusan kasih sayang daripada
kedua-dua orang tuanya. Sesungguhnya, anak yang meningkat remaja memerlukan belaian kasih sayang daripada kedua-dua orang
tuanya . Walaupun begitu, ibu bapa yang sibuk diburu waktu pasti lebih longgar
dalam soal pengawasan anak-anak mereka.Oleh itu, mereka yang sibuk mencari
rezeki perlu meluangkan sedikit masa untuk mengambil berat terhadap mereka dan
memantau pelajaran serta segala gerak-geri mereka.Jika ibu bapa sanggup
mendengar isi hati anak-anak mereka dan mewujudkan perasaan kekeluargaan,
generasi muda ini diyakini tidak akan begitu cenderung untuk mencampuri
anasir-anasir yang tidak diingini dan mencari kesenorokan di luar rumah dengan
bohsia dan bohjan yang lain.Tegasnya , keluarga yang pincang menyumbang kepada
lonjakan kebejatan sosial yang
menghantui warga kota kini.
Sesungguhnya, kewujudan keluarga bahagia diyakini dapat
mengekang peningkatan kes-kes jenayah. Tidak dapat kita nafikan bahawa biasanya,
mereka yang terjebak dengan jenayah mempunyai masalah dengan keluarganya. Penerapan
budaya Barat yang tidak serasi dengan
budaya ketimuran kita turut mununjangi percambahan maksiat dan jenayah seperti
perogolan dan pergaulan bebas .Menurut laporan sesorang pakar psikologi,mereka
sebenarnya ingin mendapatkan tumpuan dan
belas kasih sayang daripada ahli-ahli keluarganya dengan membuat demikian. Institusi
kekeluargaan yang mendukung peranan sebagai agen pencorak sahsiah generasi muda
ini tidak boleh lepas tangan dalam usaha untuk menangani fenomena ini.
Misalnya, anak-anak patut dibajai nilai-nilai murni dan keimanan yang kental
sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”
.
Pada masa yang sama,
institusi kekeluargaan yang bahagia dapat mengekang masalah bunuh diri di
kalangan remaja. Individu-individu ini mungkin telah mengalami keganasan rumah
tangga apabila kecil lagi. Sebagai akibat, remaja sentiasa berfikiran negative
dan terdorong untuk menjerumuskan dirinya dalam kes bunuh diri. Keganasan rumah tangga ini bermaksud sengaja
atau mencuba meletakkan mangsa dalam ketakutan dan kecederaan sama ada dari
segi fizikal atau mental. Contohnya, sesetengah mengurung anak-anak mereka
tanpa kerelaan mangsakerana menganggap anak-anak mereka ini sebagai beban .Pihak-pihak
tertentu seperti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
sepatutnya campur tangan dalam hal ini. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta
521) yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 1996 ini perlu dimanfaatkan untuk
mengekang kebejatan ini! Selain itu, menurut dapatan seorang pakar
psikologi di Amerika Syarikat, cetusan
fikiran bunuh diri hanya akan berlarutan dalam otak mangsa selama 1-2 minit
sahaja. Jika seseorang akan menghalangnya dalam jangka masa itu, mangsa akan berubah
fikiran dan tidak merampas nyawa dirinya. Oleh itu, ahli keluraga patut lebih
prihatin terhadap keluaraga mereka.
Selain itu,
institusi kekeluaragaan yang ceria dan sempurna diharapkan dapat melahirkan murid
yang berketerampilan dari segi aspek
fizikal , mental , rohani, emosi dan kesopanan. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada
menyatakan bahawa, ‘tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seseorang bapa
kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi perkerti mulia.Dalam hal ini, ibu bapa sebagai tonggak keluarga
seharusnya mendampingi dan memesrai anak-anak mereka. Genarasi muda juga patut
diasuh dan dididik dengan didikan agama dan moral yang utuh. Natijahnya,
seseorang remaja dijangka dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata
sekali gus menghindari gajala sosial yang pasti memusnahkan masa depan mereka.
Serentak dengan ini,seseorang yang berlatarbelakangkan keluarga yang bahagia
dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran atau bidang-bidang yang
terlibat dengan tiadanya sebarang masalah keluarga.Hal ini dikatakan demikian
kerana seseorang ini tidak perlu risau akan keluarganya.Sesungguhnya, hal ini
dapat meningkatkan produktiviti seseorang individu dan masa depannya akan
terjamin.
Di samping itu,tidak
dapat kita sangkal bahawa,sekiranya apa-apa yang dinyatakan di atas tercapai,
negara kita pasti aman dan makmur.Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk
pimpinan Negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara yang
tidak ternilai,bak kata pepatah “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”. Dalam
perkampungan global yang seolah-olah tidak bersempadan ini, negara kita
memerlukan orang yang berbakat untuk
terus berkembang maju dan bersaing
dengan negara-negara besar yang lain agar kita dapat duduk sama rendah,diri
sama tinggi dengan negara-negara besar yang lain. Institusi kekeluargaan
diyakini dapat mencapai tujuan murni ini. Dengan tiadanya kepincangan sosial
dan kes jenayah, daya saing rakyat Malaysia akan meningkat. Pertumbuhan ekonomi
yang pesat akan tercapai dan terus menggantikan
ketidaktentuan ekonomi yang menyambar
seluruh dunia. Secara tidak langsung, Wawasan 2020 negara kita juga tidak akan
tertinggal seperti angan-angan Mat Jenin.
Memandang keluarga
yang porak-peranda menjurus kepada pelbagai kebejatan sosial, kita harus
menarik rambut di dalam tepung. Kalau kita halusi sejenak,akan kita dapati
bahawa kebanyakan kes perceraian berlaku kerana pasangan suami isteri tidak
begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan alam rumah
tangga termasuk dalam menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin. Statistik
perkahwinan di seluruh negara pada tahun 2008 mencatatkan 130,314 bilangan
pasangan yang berkahwin. Namun,pasangan
yang bercerai telah mencecah 22,289 kes. Agama Islam memang menggalakkan
perkahwinan. Lantaran itu, perkahwinan dalam Islam tidak lain daripada
bertujuan untuk mengawal dan mengatur fitrah kehidupan manusia demi faedah dan
kebaikan manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Kalau pasangan suami isteri
berpegang utuh kepada ajaran agama masing-masing, keluarga bahagia pastinya
dapat dibentuk.
Sebagai penghias penutup bicara, banyak faedah yang mampu
kita peroleh apabila mempraktikkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian.Bekas
Perdana Menteri negara kita, Tun Dr. Mathir Mohamad pernah mengatakan bahawa,
sebuah keluarga boleh dianggap sebagai unit terkecil negara,iaitu cel. Jika
sesebuah keluarga mendapat barah,seluruh negara akan tumbang. Oleh itu,masyarakat
tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan nilai-nilai murni ini agar mereka
dapat melahirkan sebuah keluarga yang sempurna. Sebaliknya, semua pihak baik
kerajaan,Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan bukan kerajaan (NGO) mahupun pendidik
harus menggemblengkan sinergi dengan ibu bapa untuk merangka strategi yang pragmatik
dan ampuh lagi demi membentuk institusi kekeluargaan yang bahagia.‘Keluarga
Bahagia Negara Sejahtera!’
No comments:
Post a Comment